Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Wednesday, May 31, 2017

Samsung C9 Pro



Product Description

  • 6″ Super AMOLED display
  • 6GB RAM, 64GB ROM
  • Octa Core 1.95GHz
  • 16MP f1.9 Front and Back Camera
  • Support microSD up to 256GB
  • 4,000mAh battery
  • Fast-charging via USB Type-C
  • Box will be unsealed for warranty activation and quality check purposes.
Akhirnya dapat juga memilikinya...syukur alahmdulillah...... mine is rose pink........lalallalaa

layu dihujung mekar

Haruskah ku terus melayani perasaan
meskipun ku tahu ini hanyalah khayalan
cintaku padamu haruskah aku teruskan
keana ku tahu dirimu sudah berteman
tiada ertinya
apakah akhirnya percintaan
pohon cinta ang dulu mekar berbunga
kini tandus tiada bermaya
bunga cinta yang dulu mekar mewangi
kini layu dipusara bumi
tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Sunday, March 26, 2017

CERITERA CINTA

Lama sungguhlah aku menulis disini... bukan ape kesibukan kerje dan urusan personal membataskan aku untuk menulis disini..

Aku nak citer life aku lately nie...happy mcm biase je...

Aku bahagia dengan adenyer 2 orang B dalam hidup aku ..........hahahha hebat bukan 1 tapi 2... 2 2 aku sayang sangat....

 Pergi team building kat cherating last year.....best sangat2.....bergumbira dengan kawan2..tgk2lah gamba kat bawah nie ye.....



tuelah serba sedikit gambar team building kami..kalau nakikut beratur gamba..... tapi malas nak letak banyak2..hehhe.. so oklah tuk hari nie.... nanti ade mase aku cerita lagi ye...













Thursday, February 18, 2016

Im Back


Assalam semua.... dah bersawang blog nie...lama gila x update pape.. bukan sebab xde citer..tapi sebab lupe passwords...huawaaaaa... nie baru  reset balik password...
sebenarnya banyak sangat benda nak citer dalam 2 tahun nie...ade suke duke... alamak,... jam dah berbunyi menandakan time 5.0 ..time balik keje....so aku balik dulu,,,, esok aku sambung bercerita ye... bye..... balik leklok semua....

Thursday, August 22, 2013

Tuntutan ibahadah di bulan syawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Khutbah Jumaat: “Tuntutan Ibadah Di Bulan Syawal”



Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada bulan  yang penuh kebahagian ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah: TUNTUTAN IBADAH DI BULAN SYAWAL”.
.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Kesempurnaan ibadah seorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT, malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadah yang dilakukan.
Justeru, sebagai umat Islam yang sentiasa berkeinginan untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah SWT, maka pada bulan Syawal yang mulia ini kita dituntut melakukan beberapa perkara antaranya, pertama: berpuasa enam hari di bulan Syawal sebagai menambah nilai  puasa wajib di bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. (Riwayat Muslim)
.
Imam al-Tabrani pula ada menyatakan di dalam susunan hadithnya yang berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.
.
Namun, terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus  dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya?. Berdasarkan kepada pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
.
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga. Satu lagi persoalan yang timbul disini ialah, apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat enam hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa enam Syawal?
.
Menurut Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar salah seorang ulama terkenal al-Azhar di dalam kitab himpunan fatwanya, bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan enam hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa enam Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa enam Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.
.
Mimbar ingin menyatakan bahawa, antara hikmat disyariatkan puasa enam hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada kita bahawa amal ibadah itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia. Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
.
.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Satu lagi  amalan terpuji di bulan Syawal yang menjadi budaya besar-besaran  umat Islam di negara ini dan ketika sambutan Idulfitri ialah  amalan ziarah atau kunjung mengunjung satu sama lain. Amalan ini memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks persaudaraan dan perpaduan ummah. Amalan ziarah ini membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan. Ini disebabkan asal keturunan manusia berpunca daripada ibubapa manusia yang sama iaitu Nabi Adam AS dan Hawa. Sebab itulah Islam mengajak manusia saling kenal mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, saling kerjasama dan faham –memahami sesama  insan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:
 Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.
.
Bagi menjamin kerukunan amalan ziarah dan bertetamu ini dalam keadaan harmoni dan aman damai, maka berdasarkan ayat al-Quran dan amalan Rasulullah SAW beberapa peraturan dan adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam antaranya ialah;
Pertama: Sebagai tetamu mestilah berniat baik di atas kunjungannya.
Kedua: Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.
Ketiga: Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang membuat undangan.
Keempat: Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu terdapat syubhat dan terdapat aktiviti munkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasik, zalim atau suka membesar diri. Hadith Rasulullah SAW:
Maksudnya: Janganlah engkau makan melainkan makanan orang yang bertakwa dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Kelima: Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.
Keenam: Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.
Ketujuh: Selaku tetamu adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi SAW riwayat dari al Barra’ RA yang bermaksud: “Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah SWT sebelum berpisah.” Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam.
Kelapan: Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.
Kesembilan: Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan mengambil masa yang lama ketika berziarah.
.
Manakala bagi pihak tuan rumah, agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah antaranya dengan menghormati dan memuliakan tetamunya. Dalam masa yang sama,tuan rumah juga disarankan agar menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Janganlah ada maksud untuk berbangga-bangga tetapi tujuannya adalah untuk merapatkan seluruh kawan serta memberikan kegembiraan dalam jiwa tetamu. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu.
.
.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Satu lagi adab penting yang ada kaitan dengan  ziarah dan bertetamu ini ialah menjaga adab makan-minum. Adab-adab makan yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah;
Pertama: Memulakan makan dengan membaca Bismillah.
Kedua: Mengakhiri makan dengan bacaan Alhamdulillah.
Ketiga: Makan dengan menggunakan tiga jari kanan
Keempat: Menjilat jari jemari sebelum mencuci tangan
Kelima: Tidak meniup makanan yang masih panas,
Keenam: Menghindari diri dari kenyang yang melampau batas.
Ketujuh: Memulakan makan dengan mengambil makanan yang dekat dengan kita.
Kelapan: Sewaktu makan, janganlah berdiam diri sahaja, tetapi bolehlah bercakap perkara yang baik-baik.
.
Demikian juga apabila kita minum, jangan minum seperti unta minum yang meminum air sekali gus, minumlah seteguk demi seteguk. Mimbar juga ingin berpesan ketika kita memilih makanan, ambillah makanan yang berzat dan  secara sederhana serta janganlah membazir.
.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sebagai kesimpulan khutbah minggu ini, mimbar menyeru marilah kita melaksanakan tuntutan amalan di bulan Syawalyang mulia ini dengan melakukan ibadah sunat yang dapat menampung dan menyempurnakan ibadah fardhu kita. Didiklah serta bimbinglah ahli-ahli keluarga kita agar menjaga adab-adab ketika melakukan ziarah dan melayan tetamu supaya kita menjadi insan yang bertamadun, berperibadi tinggi dan memiliki sifat tama’ninah dan tingkahlaku kita tidak menjadi bahan ketawa orang lain serta menjatuhkan maruah. Ambillah kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk menambah lagi pahala dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita.Sebagai peringatan marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 30:
Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman dan beramal salih, sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
.

Tuesday, August 20, 2013

Mimpi itu datang lagi



malam tadi mimpi indah itu datang lagi...
harap malam ini dan malam malam seterusnya pun datanglah lagi
tak sabar rasanya menunggu bulan muncul kembali
untuk aku bertemu dengan mimpi indah itu lagi
walau dalam dunia nyata kau tidak lagi ku temui
tapi dalam mimpi pun sudah membuatkan rindu padamu hilang
sesungguhnya aku sangat sangat merindukanmu.....